Rujuk jadual di bawah untuk cara pengambilan Eskayvie Diffenz
Kami di Eskayvie sangat prihatin dan ingin memastikan anda mendapat manfaat dan kesan yang optimum daripada setiap penggunaan produk berkualiti Eskayvie.






Alergi adalah antara masalah hipersensitiviti dan apabila ada benda trigger, ia boleh menghidupkan sistem pertahanan badan dan menyebabkan simptom seperti gatal-gatal mata, bersin, hidung berair. Ada faktor trigger yang boleh menerukkan lagi masalah tersebut. Pertama sekali, pelanggan itu sendiri yang perlu kenal pasti alergen yang menyebabkan masalah tersebut terjadi seperti habuk yang ada pada sofa, karpet, bantal atau tilam lama. Lain-lain faktor trigger yang biasa ialah pencemaran udara (asap) termasuk jika ada pembangunan berdekatan (habuk simen) dan juga jika ada bela kucing atau haiwan lain. Elakkan perkara tersebut di samping dia perlu amalkan pemakanan yang seimbang seperti banyakkan sayur.
Boleh perhaluskan terlebih dahulu kepada pelanggan jika dia alergi dengan bahan di dalam Diffenz, simptom alergi akan muncul dari hari pertama mengambil Diffenz. Malah formulasi Diffenz hanya menggunakan tumbuhan dan buahan semula jadi yang tidak menyebabkan kesan alergi.
Tapi seandainya risau, boleh hentikan pengambilan Diffenz selama 2 minggu dan cuba semula selepas 2 minggu.
Jika pelanggan mengatakan yang dia ada alergi kepada cendawan, perlu difahami yang mungkin dia alergi kepada sesetengah cendawan sahaja, jadi pelanggan itu sendiri perlu kenal pasti jenis cendawan yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. Tambahan pula, Diffenz ini hanya menggunakan ekstrak Cendawan Susu Harimau. Jadi tiada masalah untuk mencuba ambil Diffenz selama beberapa hari. Seandainya kesan-kesan alergi muncul sebaik sahaja ambil Diffenz, boleh hentikan penggunaannya.
Jika tuan/puan mendapati terdapat bintik-bintik pada permukaan tablet, ia merupakan granul ekstrak semula jadi pada tekstur tablet dan tidak mempengaruhi keberkesanan produk.
Buah pinggang kronik adalah dikategorikan apabila pesakit berada pada tahap 4 di mana bacaan GFR adalah kurang daripada 30 atau pesakit tersebut telah pun menjalankan rawatan dialisis. Kita kurang menyarankan pengambilan Diffenz bagi pesakit buah pinggang kronik. Sebaiknya syorkan pesakit untuk dapatkan nasihat daripada Doktor yang merawat terlebih dahulu jika nak ambil Vitamin C. Jika bacaan GFR pesakit melebihi 30, boleh ambil Diffenz mengikut saranan pengambilan, tapi penting untuk perhatikan juga had air pesakit sekiranya ada.
Kanak-kanak @ Remaja (5-17 tahun) : 1 biji setiap 12 jam
Dewasa (>18 tahun) @ wanita hamil trimester 2 dan 3 : 1 biji setiap 6 jam
*Sila rujuk jadual pengambilan Diffenz untuk lebih jelas
Dos yang disebutkan di atas perlu diambil selama tempoh kuarantin. Selepas habis tempoh kuarantin, ambil dos seperti individu normal.
Terlebih dahulu perlu difahami yang sebarang kemungkinan boleh berlaku kepada wanita hamil yang dijangkiti Covid, dengan kita tidak tahu penjagaan beliau sebelum ini sama ada cukup nutrisi atau pun tidak, ada muntah teruk atau tidak, ada penyakit kronik ataupun tidak. Jadi, kita tidak tahu bagaimana perkara ini dapat diperbetulkan jika beliau baru sahaja nak mula ambil Diffenz. Jadi, disini perlu ditekankan walaupun keadaan beliau agak membimbangkan, tapi kita tidak boleh berputus asa untuk berikhtiar sebab itu kita syorkan untuk ambil Diffenz.
Jadi, bagi wanita hamil yang disahkan positif Covid 19 atau kontak rapat, pengambilan Diffenz yang disyorkan adalah sebanyak 1 tablet bagi setiap 6 jam. Perlu perhaluskan yang saranan ini sesuai untuk wanita-wanita hamil pada 2nd trimester (13 minggu dan ke atas).
Jangan lupa untuk tekankan pengambilan Diffenz perlu disertakan dengan penjagaan gaya hidup termasuklah minum air yang cukup, kawalan stres yang baik, tidur yang cukup dan makan banyak sayur.
Tiada masalah bagi individu yang ada cyst atau fibroid untuk mengambil Diffenz sebagai perlindungan tambahan.
Kita kurang menyarankan pengambilan Diffenz bagi pesakit yang menjalankan rawatan dialisis. Jika nak ambil, perlu dapatkan pandangan daripada doktor yang merawat terlebih dahulu.
Jika ikut kajian, mereka yang menjalani dialisis ini sudah tentu mengalami risiko kekurangan Vitamin C dan memerlukan vitamin ini untuk mengurangkan stres oksidatif pada buah pinggang. Walaupun Diffenz diformulasikan untuk mendapatkan kesan yang optima. Kita menyarankan pelanggan untuk mendapatkan nasihat daripada Doktor yang merawat terlebih dahulu. Namun, jika Doktor benarkan untuk mengambil Vitamin C, boleh separuhkan tablet Diffenz.
Remark : Kami tidak mendedahkan dos sebenar Vitamin C memandangkan ia melibatkan formulasi dan bertujuan untuk memelihara hak cipta Eskayvie.
Boleh perhaluskan kepada pelanggan bahawa dalam Diffenz sudah mengandungi Vitamin C, maka pelanggan boleh hentikan pengambilan Vitamin C daripada suplemen lain kerana dos Vitamin C seperti yang disyorkan adalah sudah dianggap optima.
Perkara yang ketara yang membezakan Diffenz dan Vitamin C lain di pasaran adalah dari segi bahan yang digunakan. Diffenz bukan sahaja mengandungi Vitamin C tapi juga Vitamin D, Buah Camu Camu dan Cendawan Susu Harimau. Dua bahan istimewa yang digunakan ini yang membuatkan Diffenz berbeza dengan produk produk lain. Tambahan pula, ada jenis-jenis Vitamin C yang dijual di pasaran juga mengandungi pemanis tiruan seperti Aspartame, pewarna tiruan dan pengawet. Diffenz tidak
menggunakan pemanis tiruan tersebut, kandungan gula dalam Diffenz adalah datangnya daripada sumber semula jadi.
Penafian: Eskayvie Diffenz merupakan suplemen bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Ia mungkin menunjukkan kesan dan tempoh yang berbeza mengikut kesesuaian individu tersebut.